Seramai 13 peniaga di Terengganu dikesan menjual ayam segar melebihi harga maksimum ditetapkan menerusi Ops Pantau 2022.<br /><br />Pengarah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNHEP, Terengganu Saharuddin Mohd Kia berkata peniaga juga didapati melakukan kesalahan mengelirukan pengguna dengan menjual dan meletakkan tanda harga yang berbeza.